LAWAS: Kerana ‘bernafsu haiwan”, seorang petani kini menjadi penghuni tirai besi, dan bakal dirotan lima sebatan, selepas merogol anak kandungnya sendiri, berulang kali sejak 10 tahun lalu.
Penjara 15 tahun itu diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini, setelah
Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh.
Lelaki berusia 47 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anaknya, sejak mangsa berusia 15 tahun.
Hukuman tirai besi tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 8 Mac lalu.
Tertuduh dikatakan berulang kali melepaskan nafsu di rumah keluarganya di Kampung Languban, Merapok di sini dan kali terakhir pada 1 Februari lalu, di kebun getah miliknya.
Mangsa yang kini berusia 25 tahun, seorang penganggur yang sebelum ini ‘malu’ dan ‘takut’ untuk membuka mulut, akhirnya terpaksa membuat laporan polis setelah gagal membendung kemarahannya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Masri Lamsim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. –Sarawakvoice