BINTULU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok di Kampung Kemunting, di sini sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa berusia 43, sempat bersarapan bersama ibu dan anaknya sebelum meminta izin untuk keluar sekejap bagi membuang air besar.
Bimbang dengan keselamatan ayahnya, anak mangsa dikatakan keluar mencari ayahnya di kawasan luar rumah apabila mangsa gagal kembali.
Dia bagaimanapun terkejut apabila menemukan ayahnya dalam keadaan tergantung.Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.
Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat. -Utusan Borneo Online