KUCHING: Hujan berlarutan dari jam 3 pagi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dan juga di Bau dilanda banjir kilat.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan penyelamat sedang meneruskan pemantauan menyeluruh serta membuat persediaan untuk memindahkan penduduk, sekiranya perlu.
“Namun setakat ini, tiada perpindahan dilaksanakan kerana keadaan air sudah mula surut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Antaranya kawasan terjejas adalah Kampung Tabuan Dayak dimana beberapa buah rumah dimasuki air setinggi satu kaki.
Beberapa jalan raya turut dinaiki air seperti diJalan Batu Lintang, Jalan Hospital (depan Hospital Umum Sarawak), sekitar Padang Merdeka namun difahamkan, air hampir surut sepenuhnya.
Pasukan bomba turut menjalankan pemantauan di Jalan Bau – Serikin, KampungSegong, masing-masing di Bau dan Kapung Ensebang Plaie di Serian yang dilanda banjir kilat.Bagaimanapun, keadaan dilaporkan terkawal. -Utusan Borneo Online