Bayaran RM1 sejam dikenakan ditempat parkir bertingkat di Hospital Umum Sarawak 0 6975

KUCHING: Bayaran RM1 setiap satu jam akan dikenakan kepada pelawat di tempat parkir baharu di bangunan bertingkat di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang bakal siap pada 2021.

Pelawat akan mungkin akan dikenakan bayaran maksimum RM10 jika memarkir kenderaan melebihi 10 jam.Menurut Pengarah Projek Pembangunan SemulaHUS Jason Ng, Asaljuru Weida Sdn Bhd masih lagi menunggu kelulusan daripada kerajaan berhubung kadar bayaran yang akan dikenakan itu.

“Kita mencadangkan agar kadar maksimum RM10 jika melebihi 10 jam meskipun kadar RM1 setiap satu jam dikenakan.“Tetapi kadar RM10 ini belum diputuskan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka syarikat itu di pejabatnya di HUS di sini semalam.

Jason berkata terdapat 1,789 tempat parkir disediakan di bangunan baharu itu nanti.Sementara itu, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menyambut baik projek pembangunan semula HUS.“Saya berterima kasih kepada kontraktor terlibat kerana dapat merealisasikan impian kita ini,” katanya.

Tegasnya, dengan terbinanya bangunan tempat parkir bertingkat itu kelak, ia akan memberi ruang yang cukup untuk pelawat yang datang ke HUS.Jelasnya, isu tempat parkir sememangnya menjadi isu yang digunakan pihak pembangkanguntuk menghentam kerajaan.Justeru, beliau berharap dengan usaha yang dilakukan itu akan menghentikan pihak pembangkang daripada terus memainkan isu tersebut agar pihak kontraktor dapat menjalankan kerja mereka dengan lancar.

“Saya berharap tidak ada lagi soalan berkaitan perkara ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambahnya.Penguang percaya projek pembangunan semula itu akan memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negeri ini.“Adalah baik untuk memberitahu kepada orang ramai tentang projek ini kerana ia adalah masalah yang dihadapi sejak sekian lama,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Wee Hong Seng mencadangkan agar Asaljuru mewujudkan talianbebas bagi memudahkan orang awam membuataduan.Katanya, talian itu penting supaya setiap permasalahan yang dihadapi di situ dapat disalurkan terus kepada pihak pemaju tanpa perlu mengadu kepada pihak pembangkang. Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news