Netizen ugut bunuh Baru Bian 0 5789

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak membuat laporan polis hari ini berhubung ugutan bunuh terhadap Ketuanya, Baru Bian oleh seorang individu melalui laman Facebook.

Laporan polis itu dibuat oleh Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How selepas dimaklumkan mengenai komen dibawah laporan berita dimuat naik seorang individu yang mengatakan Baru Bian perlu ditembak mati.

“Saya bimbangkan keselamatan YB Baru Bian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan.

“Tambahan pula, catatan itu yang boleh mencetuskan keganasan dan lebih cenderung untuk membangkitkan kebimbangan dan permusuhan di kalangan mereka yang membaca artikel ini, dan dengan itu mengganggu keamanan dan harmoni di kalangan semua rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak,” katanya.

See yang membuat laporan polis di One Stop Centre, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar 11.35 tadi, turut ditemani Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni, Setiausaha PKR Stampin, Desmond Kho dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Stampin, Jeffery Mok. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news