SONG: Ia hari yang malang bagi seorang remaja pemburu ikan, apabila usahanya memanah ikan malam tadi berakhir dengan terpanah tangannya sendiri.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan sekitar jam 12.30 pagi dan sebuah jentera Atego dengan kekuatan enam anggota diatur gerak ke Klinik Kesihatan Song dari Balai Bomba dan Penyelamaf Song.
“Tiba di lokasi kurang dua minit kemudian, pasukan mendapati tapak tangan mangsa ditembusi besi bersaiz dua kaki panjang yang bersaiz 4mm.
“Dengan menggunakan ‘bolt cutter’, pasukan mengambil masa dua minit untuk memotong besi dan mencabutnya dari tangan mangsa.
Mangsa yang berusia 17 tahun katanya, dilaporkan stabil ketika proses dilakukan.
Proses rawatan kemudian diteruskan oleh pihak Klinik Kesihatan Song.
Ini merupakan kejadian pertama seumpamanya di kawasan tersebut. –Sarawakvoice