Buatlah rumah mampu beli untuk kami golongan miskin dan berpendapatan sederhana. Jangan biarkan kami terus gigit jari 0 5723

Rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan sederhana merungut. Harga rumah terlampau mahal, di luar keupayaan mereka. Pendapatan mereka tidak dapat mengejar kenaikan harga rumah. Gaji naik bagai siput, tetapi harga rumah melantun dan menggila, sukar dikejar. Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan, dari 2007 ke 2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus, sementara pendapatan isi rumah rakyat Malaysia hanya meningkat 8.3 peratus. 

Harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan, sekali gus menjadikannya sangat tidak mampu milik.

Dulu lain, sekarang lain.  Harga rumah mencanak sebahagiannya kerana ada pemaju yang meletakkan harga pada paras yang terlalu tinggi untuk meraih keuntungan yang besar. Mereka mengambil kesempatan daripada keghairahan pembeli sehingga permintaan mengatasi tawaran. Mengikut prinsip asas ekonomi, apabila keadaan sedemikian berlaku, sudah pasti harga sesuatu barang akan naik, naik dan terus naik.

Apa alasan yang diberi oleh pemaju untuk menaikkan harga rumah? Kos tanah yang semakin  mahal, kos buruh yang tak terkawal, dan harga bahan binaan yang juga naik seiring dengan kadar inflasi dan mengecutnya nilai ringgit.

Kadar inflasi yang meningkat turut mempengaruhi harga rumah. Rumah berkembar dua tingkat di kawasan Petrajaya yang bernilai RM230,00 pada 1998 misalnya, kini mencecah sehingga RM850,000 hingga RM1 juta. Rumah teres dua tingkat pada 1982 hanya berharga RM60,00 kini berharga RM400,000.

Gambar hiasan

Di negara ini, harga rumah paling tinggi  pada tahun lalu terletak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.  Secara purata harga rumah teres dan Semi-D masing-masing RM1.188 juta dan RM3.052 juta. Demikian menurut Unjuran Pasaran Hartanah Asia Pasifik 2018: Malaysia, baru-baru ini.

Berdasarkan penelitian, sebuah rumah teres di bandar-bandar utama di semenanjung, berharga antara RM550,000 hingga sekitar RM2 juta.

Ada rumah, termasuk di Kuching dan Samarahan yang mahal, tidak setanding kualitinya. Terus terang, rumah di Sarawak masih tidak memiliki reka bentuk yang mengutamakan nilai estetika berbanding di Kuala Lumpur, Petaling jaya dan Shah Alam atau Pulau Pinang.

Sebahagian reka bentuk rumah yang dibina masih kelihatan seperti reka bentuk tahun 70-an. Tetapi harganya, aduhai!

Siapakah yang mampu membeli rumah sedemikian? Pegawai kerajaan yang bergaji RM5,000 sebulan pun tidak akan bernafas selepas membayar ansuran bulanan.

Gaambar hiasan

Ini tentu bukan dikategorikan sebagai rumah mampu milik. Ini merupakan rumah mewah. Jika bercakap tentang rumah murah pun, memang tidak ada lagi yang berharga kurang daripada RM300,000 di kawasan terbabit.  

Rabu lalu, BNM melaporkan harga rumah di Malaysia berada pada tahap sangat tidak mampu milik. Bank pusat itu berkata, menurut piawaian antarabangsa, ‘rumah mampu milik’ ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Dalam laporan bertajuk “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang diterbitkan bersama laporan ekonomi negara suku keempat 2017, BNM berkata, harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada RM313,000. Ini berbanding harga maksimum mampu milik sebanyak RM282,000.

“Hasil daripada ketidakpadanan bekalan-permintaan yang serius ini, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017,” kata laporan itu.

BNM berkata, pada suku kedua 2017, hampir 82% kediaman tidak terjual berharga lebih RM250,000.

Gambar hiasan

BNM berkata, tiga faktor utama menyumbang kepada situasi kediaman tidak terjual iaitu, ketidakpadanan bekalan dan permintaan, lebih banyak kediaman baharu dibina pada harga yang tidak mampu milik, dan  pendapatan rakyat Malaysia yang meningkat lebih perlahan berbanding peningkatan harga rumah.

Sebagai pengguna dan pembeli, kita bagai tidak ada pilihan. Mahu tidak mahu kita perlu membeli rumah. Kerana rumah juga melambangkan simbol status kita. Lagi mahal dan mewah, lagi hebatlah harga diri pembelinya.

Yang memburukkan lagi keadaan ialah kerenah spekulator yang membeli rumah bukan untuk didiami tetapi untuk mengaut untung besar. Mereka melakukan apa yang diistilahkan sebagai ‘flipping’. Beli rumah di atas kertas waktu sesuatu skim perumahan masih dirancang atau dilancarkan, dan kemudiannya menjualnya apabila sudah siap. Ada daripada mereka ini menguat untung bersih sehingga RM150,000 untuk satu unit. Wang buat wang. Dengan strategi betul, mereka mudah jadi kaya.

Tetapi bagaimana dengan golongan miskin dan berpendapatan sederhana? Mereka akan terus menggigit jari. Mereka sekadar berputih mata. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8410

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news