Najib jamin hak Sarawak dikembalikan jika tersalah ambil 0 5728

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan akan mengembalikan hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, apa sahaja hak Sarawak yang terambil secara sengaja atau tidak sengaja dalam MA63 akan dikembalikan untuk kesejahteraan rakyat.

“Saya dah janji tuan-tuan. Kalau sekiranya kita ini telah terambil sengaja atau tidak sengaja, by design and arbitrary, kuasa rakyat dan hak orang Sarawak, saya sanggup kembalikan kepada orang Sarawak.

“Kita tidak perlu ambil hak pada orang lain. Kita satu keluarga. Apa yang penting,  kita kekal dalam keluarga Barisan Nasional (BN) dan negara Malaysia,” tegasnya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching hari ini.

Katanya, beliau sentiasa bersedia untuk berunding dan mencari jalan penyelesaian dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung isu ini.

“Saya bersifat terbuka kerana jika dalam pimpinan terdahulu, jika isu ini dikemukakan, individu terbabit pasti akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam ucapan yang sama, beliau kecewa apabila wujudnya berlaku  ‘jurang pembangunan’ di Malaysia.

“Saya sebagai Perdana Menteri ingin melihat apa?

“Saya ingin melihat setiap pelosok tanah air kita ini, dari Perlis sampai ke Sabah maju…maju seimbang secara adil saksama.

“Kalau ada kawasan ketinggalan sehingga disebut ada ‘development gap’, maka adalah tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri betulkan kepincangan itu supaya tidak ada gap…supaya tidak ada lubang papan dinding sekolah daif itu, yang boleh ditilik murid nakal,” tambahnya.

Pada majlis ini, beliau turut menafikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Malaysia bakal bankrap dan berhadapan ekonomi tidak stabil.

“Siapa kata kita ini bankrap. Tuan-tuan, kalau kita bankrap … Ketua Menteri Sarawak masih boleh minta tolong lagi kan.

“Mana-mana tempat saya pergi pun … ada yang minta peruntukan tambahan.

“We’re not bankrupt. Ringgit pun bertambah kukuh. The best performance in the world is the ringgit.

Perhimpunan PBB ini merupakan kali ke-14 diadakan dan dihadiri lebih lima ribu perwakilan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah dipilih sebulat suara mengetuai parti itu, manakala Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menang tanpa bertanding sebagai Timbalan  Presiden. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news