Abang Jo, anda paling layak jadi Ketua Menteri Sarawak, kata Najib 0 5761

KUCHING: Perdana Menteri berkata, kesetiaan dan kesabaran amat penting diamalkan oleh pemimpin yang mahu meningkat naik dalam parti sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Abang Jo, anda layak menjadi Ketua Menteri Sarawak,” katanya merujuk kepada presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.

Dalam satu kajian, Abang Johari mendapat sokongan 92 peratus penduduk Sarawak, sebagai Ketua Menteri, dua bulan selepas beliau dilantik ke jawatan itu pada 13 Januari tahun lalu.

Beliau mengakui perjalanan Abang Johari mempunyai persamaan dengan perjalanan politiknya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmiannya pada Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Ayah Najib, Tun Abdul Razak yang turut menandatangani Perjanjian Malaysia bersama-sama Tun Abang Haji Openg pada 1963, pernah menjadi Perdana Menteri.

Katanya, perlu banyak bersabar dan setia kepada parti.

“Kami anak mereka menjadi Perdana Menteri dan Ketua Menteri masing-masingnya, tetapi sebelum itu kami banyak bersabar dan setia dalam parti,” kata Najib.

Abang Johari pernah berdepan cabaran besar dalam politik selepas menumbangkan Pehin Seri Adenan Satem untuk jawatan Timbalan Presiden PBB pada 1998.

Adenan meskipun mendapat sokongan padu Ketua Menteri Tun Abdul Taib Mahmud ketika itu, tetap tewas dalam persaingan yang sengit itu.Selepas itu, Abang Jo berdepan cabaran besar.

Namanya turut disebut-sebut menjadi Ketua Menteri menggantikan Taib pada Mac 2014, tetapi sebaliknya Adenan menjadi pengganti Taib.Abang Johari tidak merajuk, sebaiknya tetap setia dan menyokong kepemimpinan parti dan negeri.

Akhirnya, beliau menjadi Ketua Menteri keenam  selepas Adenan meninggal dunia pada 11 Januari 2017. –Sarawakvoice  

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news