Warga emas ghaib di Sungai Lubai ditemui hidup di dalam hutan, namun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital 0 5807

LIMBANG: Lebih 25 jam selepas dilaporkan hilang, seorang warga emas ditemui lemah di dalam hutan, kira-kira dua kilometer dari rumahnya, di Kampung Ramuyu Lubai di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut sekitar jam 1.25 petang tadi, 50 meter dari lokasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui pakaiannya.

Mangsa, Mandar Kachi, 83 tahun dilaporkan hilang pada malam tadi selepas gagal kembali ke rumahnya selepas mandi di Sungai Lubai sejak jam 12 tengah hari.

“Pihak kita di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang menerima laporan kehilangan mangsa sekitar jam 7.48 malam tadi dan segera mengatur gerak pasukan ke Kampung Ramuyu Lubai.

“Seramai enam anggota telah terlibat dalam operasi ini, bersama-sama aset pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah bot penyelamat.

Mangsa kata Tawang, bagaimanapun terlalu lemah dan menghembuskan nafas terakhir ketika dibawa dalam perjalanan jeti, yang kemudian disahkan oleh pasukan paramedik Hospital Limbang, yang turut berada di lokasi.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. –Sarawakvoice

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news