Lebih separuh rumah panjang Nyipah di Sebauh hangus malam tadi, lebih 200 hilang tempat tinggal 0 5730

BINTULU: Kepantasan pasukan bomba membuat “fire break” menyelamatkan baki 27 pintu rumah panjang daripada keseluruhan 63 pintu dimamah api di Rumah Nyipak, Jalan Sebauh Pandan di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.32 malam.

“Dua jentera FRT, sebuah ambulans EMRS dan pacuan empat roda Nissan Navara dengan kekuatan 14 anggota kemudian segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Samalaju.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati api sedang membakar sebahagian daripada rumah yang dihuni 406 orang itu.

Kata Ling Hii, tindakan segera melakukan ‘fire break’ itu menyebabkan hanya 36 pintu atau 70 peratus daripada rumah tersebut musnah.

“Siasatan awal kita mendapati api bermula daripada pintu rumah no.9,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, tindakan pantas oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Sebauh turut membantu dalam memadamkan kebakaran.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

“Punca kebakaran dan taksir kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14340

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8231

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news