Bandaraya Kuching pertama kali di Malaysia guna bas hidrogen 0 6213

KENDERAAN mesra alam sememangnya menjadi trend masakini ditambahlagi bukan satu cerita biasa apabila kelak simpanan minyak di seluruh dunia mulai berkurangan. Sejajar dengan itu juga, Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) telahpun memulakan program penyelidikan hidrogen bagi membuat sebarang kajian mengenainya. 

Dan ketika merasmikan penutupan Program Retreat Ketua Jabatan Negeri dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri tempoh hari, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari mengwar-warkan bahawa Bandaraya Kuching merupakan bandaraya pertama di Malaysia yang akan menggunakan perkhidmatan bas berkuasa hidrogen menjelang Julai 2018. Tiga buah bas tersebut sudahpun ditempah dari sebuah syarikat di negara China baru-baru ini. 

Selain itu, KM Abang Jo turut menyatakan bahawa cadangan LRT yang akan dibina di Kuching, Serian, Samarahan dan Damai kelak turut menggunakan kuasa hidrogen sekaligus menggambarkan bahawa Sarawak sentiasa dihadapan apabila berkata mengenai menyayangi alam sekitar.- RedParrot

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13475

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news