LIMBANG: Tindakan seorang lelaki yang sedang menunggu pelanggan untuk urusan penjualan syabu di sebuah bengkel kereta berjaya dihidu polis apabila dicekup di kawasan Batu Tiga Jalan Pandaruan tengah hari semalam.Suspek berusia 43 tahun itu berasal dari Kampung Pahlawan, diberkas pada jam 11.50 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Limbang.
Suspek (dua kanan) diberkas polis semalam. Gambar kecil menunjukkan Dadah yang dirampas daripada suspek.Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata ketika ditahan polismerampas syabu seberat 25.6 gram bernilai RM3,500.00.”Syabu berkenaan disorokkan di dalam satu bekas rokok aluminium yang berisi satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal syabu dijumpai dikerusi penumpang bersebelahan suspek,” katanya
kepada media hari ini.Hasil siasatan awal katanya suspek mengaku memiliki dadah berkenaan yang diperolehi dari negara jiran.”Suspek juga dipercayai mulai terjebak dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan kampung Pahlawan sejak 2016,” ujarnya lagi.Beliau memberitahu ujian saringan awal air kencing telah dijalankan dan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya lagi.
Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu direman hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.- Utusan Borneo Online