Sarawak tambat sembilan muka baharu, azam kembali ke Liga Super 0 6196

KUCHING: Sarawak menambat sembilan pemain petang semalam dengan enam daripadanya adalah pendatang baharu skuad itu.

Pengurus pasukan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais berkata, senarai 24 pemain yang diumumnya menggabungkan pemain baharu dan lama yang diharap dapat mengheret pasukan itu pergi lebih jauh di bawah jurulatih baharu, Ian Andrew Gillan.

Sembilan pemain yang dibawa masuk termasuklah perancang Serbia, Nebojsa Marinkovic; Benedict Martin; Bobby Gonzales; Mohamad Firdaus Muhammad; Mohd Iqbal Mohd Suhimi; Mohd Sabree Mat Abu, Muhammad Muzaimir Abdul Hadi; Shaiful Wazizi Mohamad; dan Shazalee Ramlee.

Martin, Gonzales dan Iqbal sebelum ini pernah menyarung jersi Sarawak, sebelum mencari angin baharu bersama pasukan lain.

Pemain-pemain lain dikekalkan daripada skuad musim lalu, termasuk pemain pinjaman Piala Presiden yang kini “naik pangkat”.

Antaranya termasuklah Abdul Rahim Abdul Razak; Awang Kamaruddin Awang Bohan; Dalglish Papin Test; Jimmy Raymond; Mazwandi Zekeria; Mohammad Alif Hassan; Mohammad Dzulazlan Ibrahim; Mohammad Hafis Saperi; Mohammad Hafiz Abu Bakar; Mohd Hairol Mokhtar; Nor Azizi Ramlee; Peter Frank Brown; dan Rames Lai Ban Huat.

Turut kekal, dua import tahun lalu, Mateo Roskam dan Milos Raickovic yang sebelum ini dikhabarkan tidak dilanjut kontrak.

Seorang lagi import yang memenuhi kuota Asia akan diumum kemudian.

Posa berkata, dengan barisan baharu ini, beliau percaya pasukan ini mampu mencabar dalam aksi liga.

“Kita tidak meletakkan sasaran tinggi tetapi mahu skuad ini berada dalam kelompok pasukan teratas Liga Perdana.

“Yang paling baik adalah untuk kembali ke Liga Super pada musim depan,” katanya lagi.

Skuad Ngap Sayot ini akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Semenanjung, sebelum terlibat dalam kempen Liga Perdana, yang bermula 2 Februari. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news