Neelofa kena kecam lagi 0 6731

Kamek Miak Sarawak - Neelofa kena kecam lagi

Sekali lagi, Neelofa mengundang perhatian umum apabila penampilannya dikecam gara-gara dianggap mencolok mata.

Pengacara sensasi itu dilihat mengenakan pakaian ketat sehingga menunjukkan aset pada tubuhnya.

Kejadian itu berlaku ketika Neelofa memperagakan jenama antarabangsa di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018 di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota malam semalam.

Kecaman netizen antaranya kecewa kerana sebagai seorang artis muslimah dan berstatus hajah, Neelofa, 29, wajar menjaga penampilannya agar lebih sopan.

“Hajah @neelofa… tak berubah rupanya… ingatkan dah insaf.. makin berani… Umat Nabi Muhammad makin berubah arah…. Ya Allah.. takutnya…,” kata pengguna akaun aku_faz23.

Selain teguran mengenai pakaian ketat, netizen turut mempertikaikan gaya pakaian Neelofa yang diibaratkan saling tak tumpah seperti watak dalam filem fiksyen Harry Potter.

Ia disebabkan saiz penutup kepala dan jaket yang digunakannya dianggap terlalu besar dan tidak sesuai.

“Fesyen Lofa tak ubah seperti Professor Quirrel dalam Harry Potter 1. Kesian,” kata pengguna akaun nurafiqahabadi.

Ada juga yang menasihati Neelofa supaya tidak menerima lagi tawaran menjadi seorang model peragaan pentas kerana cara jalannya yang dilihat kasar.

“Kayu,” kata pengguna umirockss.

Seorang lagi pengguna @miera_norm berkata: “Saya tidak merungut, saya sayang kamu Lofa, tetapi itu bukan catwalk.”

KLFW berlangsung bermula 8 hingga 12 Ogos ini bagi meraikan peminat dan penggiat industri fesyen tempatan.

Sementara itu pengurus Neelofa, Mohd Amer Syafiq Khalip atau Shawn Amer yang dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan reaksinya mengenai isu itu enggan memberi sebarang komen. – MalaysiaKini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8395

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news