Tun M saran rakyat berniaga 0 7092

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan berhasrat membangunkan negara dengan menumpukan kepada agenda ‘memperkayakan rakyat’ melalui pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, ini bagi mendidik rakyat agar lebih berdikari dan cekap untuk menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Bila rakyat kaya, kerajaan juga akan kaya kerana kita akan pungut hasil cukai daripada rakyat… kalau rakyat miskin kita pun tak boleh kutip cukai, sebab itu kita akan didik orang kita cekap berniaga dan boleh memegang apa juga jawatan,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Baharu di Dataran Stargate di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Sehubungan itu Dr Mahathir berkata, kerajaan akan berusaha sedaya upaya memberikan modal pinjaman kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan dengan syarat ia haruslah dibayar semula kepada pihak yang memberikan pinjaman.

“Ada orang kata duit pinjam tidak payah bayar balik, itu tidak akan membangunkan negara… wang kita pinjam kita akan kembalikan kepada mereka yang memberi pinjaman,” katanya.

 Walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat supaya lebih bijak agar tidak tersilap dalam memilih pemimpin negara.

“Kita percaya demokrasi memberikan hak kepada rakyat (untuk memilih pemimpin), tapi rakyat mesti bijak; kalau terima apa saja dibuat oleh pemimpin maka rakyat akan dapat pemimpin penyangak,” katanya.

Perdana menteri turut meminta rakyat agar memberikan lebih banyak masa kepada kerajaan PH untuk memulihkan negara yang disifatkan beliau telah rosak kerana kerakusan kerajaan terdahulu.

Program dihadiri lebih 1,000 orang itu merupakan jelajah pertama PH selepas membentuk kerajaan Mei lalu. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news