Tiga suspek kes samun OKU ditangkap di Lubok Antu 0 7439

KUCHING: Tiga individu berjaya ditahan polis di Pekan Lubok Antu kerana disyaki terlibat kes samun kereta milik seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di Jalan Tun Razak di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata dalam tangkapan yang dibuat ke atas ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu, polis turut merampas sebuah kereta dan dua bilah pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian minggu lepas.

“Dalam kejadian awal pagi itu, mangsa berusia 29 tahun bersama seorang rakan yang juga OKU sedang dalam perjalanan menghala ke pusat bandar sebelum ditahan suspek di Jalan Tun Razak.

“Suspek kemudian keluar dari kereta lalu memukul rakan mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dan beberapa minit kemudian sebuah lagi kereta muncul di mana seorang daripada suspek bertindak menumbuk mangsa sebelum merampas kunci kenderaannya untuk dilarikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kereta mangsa bagaimanapun berjaya ditemui semula di Jalan Datuk Mohammad Musa, Kota Samarahan.Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulann dengan mendatangkan cedera terhadap kedua-dua mangsa. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news