Jeritan selamatkan remaja dirogol di Bintulu 0 6552

BINTULU: Jeritan seorang remaja perempuan dari arah tandas di sebuah pusat membeli-belah di sini, menyelamatkannya menjadi mangsa rogol seorang lelaki warga asing, dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 9.30 pada malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili, semasa kejadian mangsa sedang membasuh tangan selepas membuang air kecil, sebelum seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam tandas.

“Pada mulanya, remaja perempuan itu menyangka lelaki terbabit salah masuk tandas dan tidak mengendahkan kehadirannya, namun tidak lama selepas itu, lelaki terbabit telah memeluk mangsa dari belakang dan meraba kemaluannya,” jelas beliau.

Katanya, terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa menjerit dan keluar dari tandas terbabit dan memaklumkan kepada ibunya mengenai apa yang berlaku.

Sejurus itu katanya, ibu mangsa memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan, sebelum menghubungi polis.

“Sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kes terbabit, polis bergerak ke lokasi kejadian dan bertindak menahan suspek sekitar jam 10.30 malam bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017. Jika disabit salah, suspek yang dalam lingkungan umur 20-an itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, besertaΒ sebatan.Β – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news