Seleweng dana PRU-14- Timbalan Ketua Pengarah dan enam PTD ditahan 0 7843

PUTRAJAYA 28 Ogos- Seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk dan enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.05 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Kesemua suspek lelaki yang berumur di antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mereka ditahan antara pukul 11.30 pagi hingga 10 malam tadi, enam pegawai PTD tersebut ditahan di pejabat mereka di JPM manakala Timbalan Ketua Pengarah bergelar Datuk ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news