PGA patah cubaan seludup 120 guni pakaian bundle ke Indonesia di Bau 0 7635

Rosdi (tengah) bersama pegawai kanan PGA menunjukkan pakaian ‘bundle’ yang dirampas.Lori yang digunakan mengangkut pakaian terpakai dalam 120 guni tersebut.

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-11 berjaya mematahkan cubaan menyeludup 120 guni pakaian  terpakai atau ‘bundle’  yang dianggarkan bernilai kira-kira RM50,000 ke negara jiran menerusi sempadan Malaysia-Indonesia, semalam.

Pegawai pemerintah Supt Rosdi Inai berkata pihaknya yang bertindak berdasarkan maklumat risikan, menjalankan operasi berdekatan Kampung Sebobok, Stass di Bau iaitu kira-kira 200 meter dari sempadan sekitar pukul 4 petang.

“Tiga lelaki tempatan iaitu dua pemandu lori dan seorang kelindan ditahan dalam operasi tersebut selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berhubung muatan pakaian ‘bundle’ tersebut.

“Selain itu, turut disita adalah dua buah lori, yang digunakan untuk mengangkut 120 guni pakaian tersebut dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM190,000,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PGA di Jalan Field Force di sini, hari ini.

Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun bersama barang-barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Rosdi juga menambah, suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi memudahkan siasatan di bawah Akta Kastam 1967. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news