Cahaya merah sinari Jambatan Darul Hana dan Kubu Margherita bermula malam ini 0 8033

KUCHING: Jambatan Darul Hana dan Kubu Margherita di sini, akan diterangi dengan cahaya lampu berwarna merah bermula malam ini sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2018.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata sambutan Hari Jantung Sedunia tahun ini adalah yang paling istimewa.

Katanya, Hari Jantung Sedunia diraikan oleh masyarakat di seluruh dunia dan warna merah menjadi lambang kepada sambutan hari tersebut.

“Kali pertama dalam sejarah dimana tahun ini, dua bangunan ikon kita iaitu Jambatan Darul Hana dan Kubu Margherita diterangi dengan semua cahaya merah.

“Jadi, anda semua jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar anda berlatar belakang panorama yang indah ini bermula malam ini hingga Sabtu depan, 29 September,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Jantung Sedunia yang berlangsung di Saradise, di sini hari ini.

Sambutan tersebut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Acara utama pada sambutan tersebut adalah aktiviti berjalan kaki yang turut disertai oleh Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama lebih 2,000 peserta yang lain. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news