‘Sumber air bersih Kelantan, Sabah dan Sarawak pada tahap kritikal’ 0 5842

Kerajaan sedang mengenal pasti sistem baharu bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di kawasan pedalaman di Kelantan, Sarawak dan Sabah dalam tempoh lima tahun.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata sistem itu akan dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta dan kerajaan negeri untuk menguruskan sumber serta penyaluran air.

“Sumber air bersih di Kelantan, Sabah dan Sarawak berada pada tahap kritikal. Jadi, kita perlukan sistem mampan dan menjimatkan kos untuk mengatasi masalah ini.

“Penduduk Kelantan datang jumpa saya berhubung isu sumber air dan meminta kerajaan persekutuan sediakan air bersih kepada mereka. Mereka mahu membayar,” katanya selepas merasmikan Forum Pengurusan Air Malaysia ke-4, di Putrajaya hari ini.

Menurutnya setakat ini, 97 peratus penduduk di negara ini menerima bekalan air bersih terawat dengan bakinya adalah mereka yang mendiami kawasan terpencil di ketiga-tiga negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Jayakumar berkata antara kaedah lain yang dikenal pasti ialah penuaian air hujan dan bekalan air dari bawah ta­nah.

Sementara itu, beliau berkata pendidikan dan kesedaran mengenai penjimatan dan penggunaan air dalam kalangan golongan pelajar perlu dipertingkatkan lagi.

“Kerajaan akan terus mendidik masyarakat dalam menggunakan air secara berhemah dan mengoptimumkan sumber air,” katanya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news