Harga minyak turun 0 6103

TOKYO: Harga minyak Brent bergerak menjauhi paras tertinggi empat tahun yang di cecah baru-baru ini.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent turun 43 cent, atau 0.5 peratus, kepada AS$81.44 satu tong pada 0041 GMT, selepas menokok hampir satu peratus dalam sesi sebelumnya.

Brent pada Selasa mencecah paras tertinggi sejak November 2014 pada AS$82.55 satu tong.

Dagangan hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut 40 cent, atau 0.6 peratus pada AS$71.88 satu tong.

Ia menokok 0.3 peratus Selasa untuk ditutup di paras tertinggi sejak pertengahan Julai.

Bagaimanapun, Brent berada di landasan untuk mencatat peningkatan lima suku berturut-turut, peningkatan paling lama sejak awal 2007, apabila ia mencatat kenaikan enam suku berturut-turut untuk mencecah rekod tertinggi AS$147.50 satu tong.

Laporan industri yang menunjukkan stok minyak mentah AS mencatat peningkatan yang tidak dijangka minggu lalu turut mempengaruhi harga.

Inventori minyak mentah menokok sebanyak 2.9 juta tong dalam minggu berakhir 21 September kepada 400 juta, berbanding jangkaan penganalisis yang mencadangkan penyusutan 1.3 juta tong, demikian menurut American Petroleum Institute (API). – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news