MOSCOW : Satu gempa bumi berukuran 6.8 melanda bahagian selatan kepulauan Kuril di timur Russia hari ini, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.
Gempa itu berlaku di 177 kilometer (km) di selatan Severo-Kuril’sk pada kedalaman 33 km.
Menurut jabatan berkenaan, mereka masih tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan atau kematian manakala saiz gempa itu menurun kepada 6.3 tidak lama selepas itu. – Reuters