Jom Khabib kita lawan: Mayweather 0 8181

LOS ANGELES: Bekas juara tinju welterweight dunia Floyd Mayweather menegaskan dia merancang untuk bertarung dengan bintang seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov berikutan kemenangan jaguh Russia itu ke atas Conor McGregor.

Dalam kenyataannya di laman TMZ Sports, Mayweather yakin pertarungan dengan Nurmagomedov akan menjadi kenyataan dengan syarat ia diadakan dalam gelanggang tinju.

“Kami akan bertarung,” kata petinju 41 tahun itu kepada TMZ. “Saya bos kepada diri saya sendiri. Saya tidak boleh bercakap untuk pihak Khabib, tetapi bagi pihak saya kami akan menjadikannya kenyataan.”

Mayweather yang kembali daripada persaraan untuk menewaskan McGregor di Las Vegas tahun lalu menekankan yang sebarang pertarungan dengan Khabib perlu mengikut peraturan tinju.

“Dia yang mencabar saya, jadi dia perlu datang ke dunia saya,” kata Mayweather yang mempunyai rekod 50-0 dan pertarungan dengan Khabib (27-0) bakal menawarkan bayaran cukup lumayan.

“Apabila bertemu Khabib, saya akan dibayar sembilan angka. Lebih daripada pertarungan McGregor. Mungkin tambahan AS$100 juta (RM415.6 juta).”

Khabib sebelum ini turut menyatakan minatnya untuk berdepan Mayweather.

“Ayuh Floyd. Kita perlu bertarung sekarang. 50-0 lawan 27-0. Kita dua lelaki yang belum pernah tewas. Di dalam hutan hanya ada seorang raja. Sudah tentu sayalah orangnya kerana dia tidak boleh menjatuhkan McGregor tetapi saya melakukannya dengan mudah. Ayuh,” kata Khabib. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7768

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5383

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news