Bapa manalah yang tak sakit hati apabila melihat anak perempuannya dipukul oleh suami. Dijaga dan dibesarkan dengan baik sejak dari lahir, dipergunakan jadi tempat lepas geram setelah ‘diberikan ke tangan orang lain’.
Memang patut pun menantu ‘kaki pukul bini’ ini kena ajar dengan bapa mertuanya. Itu yang terjadi dalam video yang tular di media sosial baru-baru ini dimana menantu dipukul oleh bapa mertua sampai mulut dan hidung berdarah.
“Aku besarkan anak dari kecil sampai dewasa untuk kau pukul?”
Berdasarkan video yang berdurasi 5 minit 38 saat itu, dia terus memarahi lelaki muda itu sambil berkata:,
“Adakah aku besarkan anak perempuan aku dari kecil sehingga orang dewasa hanya untuk kau pukulnya?
Aku dah banyak kali beri amaran kepada kau, aku membenarkan anak perempuan aku berkahwin tetapi kau memperlakukannya seperti ini! “
Berang dengan perangai menantu, si bapa bertekad untuk ‘ajar’ dengan merontan, memukul dan menendangnya menentu lelakinya di tempat umum. Bagaimanapun menantunya tidak membalas apa-apa dan hanya cuba melindungi dirinya dengan tangan
Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau.
Berdasarkan video tersebut, bapa mertua itu juga naik angin kerana menantu abaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sambil berkata :
“Nak minta maaf dengan aku? Masa kau pukul anak aku ada kau minta maaf dengan dia? Kau ingat aku nak bairkan macam tu je?
Kau tahu tak apa yang dah buat ni? Nampak macam kau memang tak takut dengan aku eh! Kalau macam tu bangun, pukul aku sekarang!”
Kemudian, ada seseorang pass rotan tebal kepada bapa mertua tersebut. Dengan kemarahan yang membuak-buak dia terus libas menantunya.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Kuching, Sarawak tetapi tidak di daerah dan kawasan mana. Rata-rata netizen yang melihat video itu kebanyakannya menyokong bapa dan mengatakan bahawa lelaki lain itu layak diberi pengajaran.
Mereka juga mengatakan bahawa dia adalah orang yang paling sesuai untuk beri pengajaran. Ada juga sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa mereka tidak menyokong keganasan tetapi lelaki itu memang layak terima ‘habuan’ tersebut. – World Of Buzz