Kuching: Orang awam gempar sekitar jam 08.10 malam tadi apabila sebuah kereta jenis Naza Sorento terbakar di tingkat 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Menurut info awal kebakaran kereta bermula dibahagian enjin dan api telah dipadam oleh pemilik kenderaan menggunakan 2 unit alat pemadam api.
Selepas itu pihak bomba yang datang ke lokasi dan bertindak memadam sepenuhnya kebakaran. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak