Bantuan Awal Persekolahan diagih mulai Januari 0 6637

PUTRAJAYA: Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM100 kepada setiap murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan diagihkan mulai Januari depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementeriannya menyediakan peruntukan khas sebanyak RM328 juta untuk disalurkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum diagihkan ke sekolah.

Katanya, kerajaan memahami dan mengambil berat keperluan perbelanjaan dihadapi ibu bapa menjelang permulaan sesi persekolahan pada awal tahun.

“Sebagai langkah prihatin untuk menangani kos sara hidup, kerajaan mengambil inisiatif untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sejumlah RM100 kepada setiap murid tahun satu hingga tingkatan lima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

“Kerajaan komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang, termasuk dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan,” katanya. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news