Kerajaan Sarawak biayai pembinaan Jambatan Batang Lupar dan dan Rambungan 0 7388

KUCHING: Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Rambungan akan diteruskan dengan menggunakan dana kerajaan negeri demi pembangunan rakyat Sarawak.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberitahu, projek pembinaan dua jambatan tersebut dalam proses tender yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Ia dalam proses tender yang dilakukan secara tender terbuka di bawah JKR negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Samariang di Kampung Lintang di sini hari ini.

Abang Johari menjelaskan, dana untuk pembinaan dua jambatan itu yang sebelum ini diluluskan kerajaan pusat terdahulu (Barisan Nasional) ditarik balik oleh kerajaan pusat yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

“Dana untuk Jambatan Batang Lupar sudah dipotong (ditarik balik kerajaan pusat), dana Jambatan Rambungan pun dipotong, tetapi untuk rakyat, Sarawak (kerajaan negeri) akan meneruskan projek pembinaan jambatan-jambatan ini menggunakan dana yang kita ada,” tegasnya.

Menurutnya, dengan adanya dana tambahan hasil pelaksanaan cukai Minyak dan Gas sebanyak 5 peratus oleh kerajaan negeri, ia dapat dimanfaatkan bagi melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan negeri ini.

“Sebab itulah, saya melihat penubuhan Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) ini adalah satu saluran politik yang tepat dan mampu mempertahankan hak Sarawak dalam Persekutuan Malaysia

“Malah, kita memberi penekanan kepada hak kita mengikut perjanjian yang dimeterai semasa penubuhan Malaysia,” tambahnya lagi.

Beliau menegaskan, dengan saluran yang betul, usaha untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan secara berterusan.

Mengambil contoh semangat kejiranan, Abang Johari berkata, dengan adanya permuafakatan masyarakat sesebuah kawasan itu dapat dimajukan tanpa ada permasalahan.

“Dalam hal ini pula (penubuhan GPS), kita melihat dari segi konteks Sarawak, kita jaga orang Sarawak supaya keadaan pembangunan masyarakat dan negeri kita dapat dipertingkatkan,” ujarnya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news