Abang Jo rasmi jambatan baharu E-mart Matang – Stapok minggu depan 0 5721

KUCHING: Jambatan baharu yang menghubungkan E-mart di Matang ke Stapok di Batu Kawa dijangka akan dirasmikan pada 19 April depan.

Perasmiannya dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf ketika meninjau pemeriksaan audit akhir jambatan tersebut sebentar tadi memberitahu, jambatan tersebut kini dalam proses akhir, dengan sentuhan akhir dilakukan terhadap beberapa bahagian jalan.

“Dari segi teknikal, saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya bahawa jalan ini telah siap, begitu juga jambatan dan CPC (Sijil Praktis Siap) telah dikeluarkan,” katanya.

Pemilihan tarikh 19 April, iaitu pada petang Khamis amat signifikan, memandangkan ia mencerminkan Bahagian Pilihan Raya Parlimen Petra Jaya, iaitu P194.

Jambatan empat lorong berharga RM122 juta ini merupakan yang keempat merentasi Sungai Sarawak, termasuk ketiga untuk laluan kenderaan.

Ia dapat menyingkatkan laluan perjalanan dari Petra Jaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lebih setengah jam,sekarang dijangka dapat meredakan separuh daripada kesesakan perjalanan dari Petra Jaya ke pusat bandar Kuching.

Katanya, antara sentuhan akhir yang beliau mahu pihak kontraktor laksanakan ialah baik pulih jalan tidak rata dari E-mart ke simpang bulatan menuju jambatan dan bahu jalan yang belum siap sepenuhnya.

“Saya harap rumputnya akan tumbuh dengan baik dan bahu jalan itu berada dalam keadaan yang sempurna, dan boleh digunakan pada waktu kecemasan.

Kata Fadillah yang juga penyandang Parlimen Petra Jaya, antara tambahan projek yang akan diusahakan selepas ini ialah mengadakan lampu isyarat pintar dan lorong pintas ke Metrocity dari Taman Lee Ling.

“Sekarang ini ia ditutup sementara untuk mengelakkan kemalangan.

” Reka bentuknya sudah siap. Cuma kita akan mulakan projek selepas mendapat peruntukan tambahan nanti.

“Saya sendiri sudah maklumkan pihak Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya agar ia dapat dilaksanakan dengan segera.

Katanya lagi, tambahan lain kelak adalah susur keluar masuk dari perkampungan Gita dan Sungai Maong, yang terletak di sisi jalan ini.

Dengan adanya tambahan spesifikasi tersebut, ia akan menambah kos sebanyak RM4 juta, tambahnya lagi.

Laluan itu kini dibuka untuk orang ramai bagi membolehkan mereka merasai perjalanan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15334

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news