Abang Johari akan umum hak Sarawak yang dikembalikan Selasa ini 0 5615

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan hak-hak Sarawak yang bakal diserahkan kembali oleh kerajaan persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA 1963) dan Perlembagaan Persekutuan pada Selasa ini di Kuching.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan persetujuan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis atau terambil di bawah MA 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya akan umumkan hak-hak yang akan kita dapat balik dan menjadi hak-hak Sarawak. Saya tidak mahu umumkan di sini sekarang. Kalau nak dengar boleh datang ke Kuching.

“Saya berani melakukan semua ini kerana hanya kita boleh menentukan masa depan kita sendiri dan banyak pembangunan strategik akan dilakukan,” katanya semasa berucap pada Malam Perpaduan bersempena sambutan Chap Goh Meh, di sini malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata Sarawak perlu ada satu polisi baharu bagi melindungi kepentingan semua rakyat dan ini menuntut kerjasama erat parti-parti politiknya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) termasuk Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi menyalurkan suara rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar SUPP dan UPP bersatu demi menjaga kepentingan masyarakat Cina yang mereka wakili di negeri ini.

Katanya pada lima majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang beliau hadiri di negeri ini, masyarakat Cina Sarawak meminta beliau berusaha menyatukan SUPP dan UPP.

“Saya akan cuba tetapi semua ini terpulang kepada komuniti Cina dan ahli-ahli politik (Cina) perlu menimbang kepentingan komuniti mereka,” katanya.

“Kalau SUPP yang mempunyai tujuh kerusi dan UPP lima kerusi bersatu memang boleh jadi kuat. Tapi apabila kamu berpecah susah untuk urus.

“Tapi bila kita fikirkan tentang Sarawak kita perlu bersatu kerana yang akan mendapat manfaat ialah rakyat Sarawak dan juga masyarakat Cina,” katanya.

Abang Johari berkata sebagai ketua menteri, beliau memerlukan satu pasukan mantap untuk mentadbir dan membangunkan Sarawak yang mempunyai masa depan yang cerah.

Ini katanya ditambah pelaburan berbilion ringgit daripada China yang memerlukan penyertaan masyarakat Cina dalam pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri.

“Pelaburan China banyak masuk kerana mereka mengetahui kita mempunyai budaya percaya-mempercayai. Mereka sanggup berkongsi teknologi untuk mendapatkan tenaga hidrogen daripada sumber air. Sarawak mempunyai banyak sumber air yang boleh dimanfaatkan.

“Menerusi teknologi ini, hujung tahun ini satu prototaip bas menggunakan kuasa hidrogen akan diperkenalkan. Jadi Sarawak boleh belajar daripada China kerana anda semua boleh berbahasa Mandarin. Oleh sebab itu kita memerlukan masyarakat Cina,” katanya.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang juga Presiden UPP Datuk Seri Wong Soon Koh serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13430

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news