Abang Johari: Perkahwinan DAP-Tun Mahathir demi penuhi agenda politik 0 5594

SIBU:  Gandingan kerjasama antara DAP dan Pakatan Harapan di bawah teraju kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan oleh Ketua Menteri sebagai perkahwinan politik demi mencapai agenda politik masing-masing dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kedua-dua pemimpin terbabit saling mencerca sebelum ini.

DAP menjadi pengkritik utama kepemimpinan Tun Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya.

Manakala Tun Mahathir pula sering mengecam DAP terutama Lim Kit Siang dengan menyifatkan parti itu sebagai cauvinis.

Malah DAP memberi pelbagai gelaran negatif kepada Tun Mahathir termasuk mahazalim dan kuku besi. 

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

“Dahulu pemimpin DAP menyifatkan Dr Mahathir sebagai diktator dan hanya mementingkan diri sendiri tetapi hari ini mereka  sudah berbaik-baik,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program ‘Harmony Nite’ bertema ‘United We Stand’ di Pintu Gerbang Sibu di sini, malam tadi.

“Ternyata ini memberi gambaran bahawa pembangkang tidak ada prinsip dalam perjuangan membela nasib rakyat,” tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu. 

Abang Johari meminta  pengundi di negeri ini memberi kemenangan lebih besar kepadanya pada PRU14.

Ini, jelasnya,  bagi membolehkan usaha menuntut hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) diperhebatkan lagi.

BN Sarawak menyasarkan untuk memenangi 28 kerusi daripada 31 kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU-14 pembangkang memenangi enam kerusi, iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang, dan Miri.

Kerusi yang menjadi sasaran untuk dirampas BN ialah Sarikei, Sibu dan Miri.

Malam tadi, ada penyokong Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang memaparkan kain rentang “Tolak! Bapa dan anak” “Sibu milik calon SUPP” sebagai usaha untuk memastikan kerusi itu diserahkan kepada SUPP dan bukan kepada Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Kini terdapat usaha Presiden UPP Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan untuk menampilkan anaknya, Andrew Wong di kerusi Sibu.

Sibu antara tiga kerusi yang menjadi sasaran untuk dirampas balik daripada pembangkang oleh BN. –Sarawakvoice 

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15151

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8386

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news