Abang Johari tepis dakwaan enam Ahli Parlimen PBB sertai Parti Pribumi Sarawak 0 5671

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan khabar angin bahawa terdapat enam Ahli Parlimen PBB bersetuju menyertai Parti Pribumi Sarawak (Pribumi).

Abang Johari yang merupakan Presiden PBB berkata, beliau tidak pernah sama sekali mendengar tentang perkara tersebut.

“Mana saya tahu, mana dia tahu, saya pun tidak tahu. Mana ada,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2018 di Universiti Teknologi Swinburne di sini, hari ini.

Abang Johari berkata demikian mengulas mengenai hantaran Facebook parti yang menggunakan logo kapal layar tersebut.
Hantaran Facebook berkenaan berbunyi:

“Enam MP PBB/GPS setuju menyertai Parti Pribumi Sarawak (Pribumi).”Akaun Facebook yang sama turut memuat naik satu lagi status “Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) akan bergabung bersama 6 parti lain untuk melumpuhkan PBB/GPS”. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news