Baru Bian: Projek Lebuhraya Pan Borneo ikut jadual 0 5646

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berpuas hati dengan perkembangan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang berjalan lancar dan mendahului jadual.

Katanya beliau dimaklumkan setakat 25 Mei lalu, peratusan siap projek di bahagian Sarawak adalah sekitar 22 peratus, iaitu dua peratus melebihi sasaran yang ditetapkan berbanding di Sabah yang mengalami kelewatan satu hingga 36 peratus di sesetengah sektor.

“Diharapkan perkembangan ini dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita pemberita di Lapangan Terbang Sibu sejurus tiba dari Kuala Lumpur, hari ini.

Baru berkata beliau gembira kerana berkesempatan turun padang dan melawat sendiri projek berkenaan.

“Ini adalah satu projek yang telah diberi maklumat lanjut dalam persidangan Parlimen kali ini. Saya pun nak tengok perkembangan projek ini. Oleh sebab itu saya datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, ketika melawat Rumah Nyawin Anak Judy di Tamin dekat Selangau hari ini, Baru berkata kementeriannya bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak bagi menyediakan kemudahan jalan kampung di pedalaman negeri itu.

Kekangan kewangan

“Di Sarawak terdapat 36,000 kilometer jalan raya tetapi hanya 1,000 km lebih sahaja di bawah bidang kuasa saya. Yang lainnya di bawah kuasa kerajaan negeri atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya.

Pada masa sama Baru yang juga Anggota Parlimen Selangau berkata kerajaan pusat akan berusaha membawa pembangunan kepada rakyat meskipun berdepan kekangan kewangan.

Bagaimanapun katanya keutamaan akan diberi kepada pembangunan yang kritikal dan mendesak seperti bekalan air bersih, pembangunan sekolah, klinik dan jalan raya yang dapat memberi impak langsung kepada rakyat seperti di Sarawak.

Selain ke Rumah Nyawin, Baru turut melawat Pusat Gerakan Kawasan Rukun Tetangga Sekuau sebelum ke Rumah Lawrence Radin di Pasai Bon di Sibu.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13480

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news