Hazard julang Chelsea tewaskan Manchester United 0 5543

LONDON: Jaringan penalti Eden Hazard pada babak pertama perlawanan menghadiahkan Chelsea kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Wembley, awal pagi tadi.

Ia adalah Piala FA kelapan dimenangi Chelsea sekali gus memastikan skuad kendalian Antonio Conte itu mengubat duka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Gol kemenangan itu berpunca daripada serangan balas apabila Hazard yang membuat larian solo dijatuhkan pertahanan United Phil Jones di dalam kotak penalti untuk pengadil perlawanan Michael Olivier menghadiahkan sepakan itu pada minit ke-22.

Dan Hazard yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir menolak mudah ke sebelah kiri gawang untuk mengelirukan penjaga gol United, David de Gea.

United berjaya memecah kebuntuan tetapi gol yang dijaringkan Alexis Sanchez pada minit ke-62 dibatalkan berikutan ofsaid.

The Blues turut mempunyai peluang terbaik untuk menggandakan jaringan pada minit ke-70 tetapi percubaan situasi satu lawan satu pertahanan kiri, Marcos Alonso tepat ke dakapan De Gea.

Kekalahan itu menyaksikan United yang menamatkan saingan EPL di kedudukan kedua menutup kempen ini tanpa sebarang koleksi piala.

Pertembungan final ini dijangka menjadi penampilan terakhir Conte bersama Chelsea selepas pengendali dari Itali itu difahamkan tidak berpuas hati dengan kegagalan pengurusan kelab menyediakan dana secukupnya untuk berbelanja pada jendela perpindahan. – AFP

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15273

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news