‘Saya tak pernah kata ada ijazah, saya dibuang ITM’ 0 6118

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan beliau mempunyai ijazah palsu, dan berkata beliau memang tidak pernah tamat pengajian di universiti.

“Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut.

“Sebenarnya saya dibuang ITM (Institut Teknologi Mara),” katanya seperti dipetik laman Free Malaysia Today.

Beliau berkata kemungkinan kemahirannya dalam memasak menyebabkan ramai menyangka beliau mempunyai ijazah dalam bidang itu.

Susulan dakwaan ijazah palsu yang melanda Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya, dakwaan serupa kepada beberapa menteri lain, antaranya Mohamad, turut disebarkan di media sosial.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu memang diketahui pandai memasak, dan malah kemahirannya itu mendapat pujian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum ini berseloroh Mohamad belajar memasak di Taiping, merujuk kepada penahanannya di Kem Tahanan Kamunting bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada akhir dekad 1980-an. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12908

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12198

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news