AGC putuskan tiada pertuduhan keatas Taib Mahmud 0 5621

PARLIMEN | Menurut SPRM siasatan dijalankan ke atas bekas ketua menteri Sarawak dan fail berkaitan diserah kepada peguam negara untuk tindakan lanjut.

PARLIMEN |  Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh Pejabat Peguam Negara (AGC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Katanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan beberapa siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak itu.

“Semua hasil siasatan sudah dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

“Selepas meneliti semua bukti yang ada AGC memutuskan supaya semua kertas siasatan melibatkan isu itu ditutup pada 2013,” katanya dalam jawatan di Dewan Rakyat hari ini.

Liew ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod pada 2013 AGC diketuai Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkhidmat sebagai peguam negara.

Terdahulu Liew menjawab soalan Kelvin Yii (HARAPAN-Bandar Kuching) yang bertanya sama ada SPRM akan mengutamakan dan mula menyiasat Abdul Taib atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah kerana isu itu dilaporkan media asing selama beberapa tahun.

Pada Mei lalu pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Francis Paul Siah menggesa ketua pesuruhjaya baru SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull membuka semula fail siasatan Abdul Taib.

Siah mengingatkan Mohd Shukri bahawa dia membuat laporan mengenai Abdul Taib kepada SPRM pada Mac 2011 namun tiada sebarang maklumat terkini mengenainya selepas tujuh tahun berlalu.

Awal bulan ini Mohd Shukri berkata SPRM memerlukan saksi atau bukti baru untuk membolehkan mereka membuka semula siasatan ke atas Abdul Taib.

Kata Mohd Shukri sebanyak 15 siasatan berasingan dijalankan ke atas Abdul Taib dan diserahkan kepada AGC namun pihak terbabit mendapati tiada dakwaan akan dikenakan ke atasnya.

Sejurus selepas dilantik menjadi perdana menteri untuk kali kedua Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mengadakan pertemuan dengan Abdul Taib di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga menggesa sesiapa yang mempunyai bukti mengenai dakwaan rasuah di Sarawak supaya mengemukakannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

Abdul Taib menjadi ketua menteri Sarawak antara 1981 hingga 2014.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13523

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news