Ahli Parti PRS Kakus keluar parti beramai-ramai kerana hilang kepercayaan terhadap James Masing 0 5608

SELANGAU – Ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Kakus hari ini mengumumkan keluar parti beramai-ramai setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti itu, Tan Sri Dr James Jemut Masing. 

Timbalan Pengerusi PRS Bahagian Kakus Tuai Rumah Kinseng Jelian menjelaskan keputusan mereka keluar parti disebabkan tidak puas hati dengan tindakan Masing dalam pemilihan calon parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 baru-baru ini. 

“Kami ahli-ahli PRS Bahagian Kakus hari ini sebulat suara untuk keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, Tan Sri Dr James Masing,” katanya kepada Utusan Borneo di Rumah Nuari, Arip, Selangau. 

Kinseng berkata formula yang digunakan oleh Masing pada PRU ke-14 iaitu seseorang calon Parlimen perlu mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ternyata gagal dan tidak relevan. 

“Formula Masing ini bermotif kepentingan peribadi dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti politik. 

“Kekalahan calon BN Rita Insol yang merupakan pilihan Masing telah membuktikan kelemahan dan kurang sokongan rakyat di Parlimen Selangau kepada ADUN Tamin Christopher Gira Sambang dan ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai. 

“Ini juga menunjukkan kedua-dua ADUN tersebut tidak berpengaruh di Parlimen Selangau,” ujarnya. 

Pada masa yang sama, Kinseng memberitahu PRS Bahagian Kakus mahu Masing meletak jawatan sebagai presiden parti dan bertanggungjawab di atas kekalahan calon BN yang diwakili PRS. 

“Sekali lagi saya menyatakan kami keluar parti PRS kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Masing dan kroninya yang telah menyebabkan BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Selangau. 

“Kami juga hilang keyakinan terhadap John Sikie kerana telah menyokong Masing menyebabkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak bertanding pada PRU lepas,” jelasnya. 

Justeru, Kinseng mewakili PRS Bahagian Kakus berterima kasih kepada bekas Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas sumbangan dan khidmat cemerlang beliau sejak 2004 hingga 2018 berkhidmat di Parlimen Selangau. 

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Wanita PRS Bahagian Kakus Tuai Rumah Dora Lani dan Timbalan Ketua Pemuda PRS Bahagian Kakus Pajih Mawang. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13550

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news