AirAsia akan ambil alih laluan KK-Sibu, KK-Bintulu 0 6020

SEPANG: AirAsia Group Bhd akan mengambil alih laluan penerbangan Kota Kinabalu (KK)-Sibu dan KK-Bintulu daripada MASwings Sdn Bhd bermula Januari 2019 susulan kelulusan Kabinet pada minggu lepas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kontrak dengan MASwings, pengendali laluan itu ketika ini, yang sepatutnya berakhir pada 2024, akan ditamatkan dan ini akan membantu kerajaan memperoleh penjimatan antara RM10 juta dan RM20 juta bagi kedua-dua laluan itu bermula 2020 dan seterusnya.

“Kita berharap (langkah ini dapat) mengurangkan subsidi kerajaan pada masa yang sama dapat mengurangkan kadar (harga tiket penerbangan) dan menambahkan kapasiti penerbangan untuk kedua-dua sektor itu,” katanya kepada pemberita pada majlis anjuran AirAsia untuk mengumumkan penerbangan lewat malam tambahan bagi sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, di sini, hari ini.

Laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu merupakan antara lebih 30 laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang dikendalikan oleh MASwings dan mendapat subsidi daripada kerajaan kerana ia dianggap sebagai tidak berdaya maju dari segi komersial.

Loke berkata Belanjawan 2019 mencadangkan peruntukan RM230 juta harga siling bagi subsidi RAS yang termasuk pampasan bagi MASwings berbanding bil subsidi RM190 juta tahun ini.

Beliau berkata pengkomersialan laluan itu akan membantu kerajaan mengurangkan secara beransur-ansur harga siling subsidi bermula dari 2020 dan seterusnya.

Sebelum ini kerajaan telah mengkomersialkan enam laluan RAS, iaitu KK-Tawau, KK-Sandakan, KK-Miri, Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu, dan Kuching-Miri.

“Sekiranya MASwings mahu meneruskan penerbangan bagi laluan ini, mereka tiada masalah untuk terus beroperasi tetapi tidak akan dapat subsidi.

“Mereka (AirAsia dan MASwings) boleh bersaing secara sama rata (tanpa subsidi),” katanya.

Loke berkata Perjanjian Operasi baharu antara kerajaan dan AirAsia akan dimeterai pada akhir tahun ini bagi memuktamadkan perjanjian itu yang termasuk jumlah pampasan bagi MASwings.

Menurutnya, AirAsia akan diberi kontrak enam tahun berakhir pada 2024 untuk mengendalikan laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu.

Sementara itu, AirAsia akan menambah penerbangan lewat malam bagi menampung permintaan di laluan popular semasa tempoh perayaan Tahun Baru Cina antara 30 Jan dan 12 Feb, 2019.

Laluan ini termasuklah ke dan dari Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dan Miri.

Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang rendah tetap RM99 bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, RM149 dari Kuala Lumpur keMiri, Sibu dan Kuching, dan RM199 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12979

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12259

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news