Portugal kekal rekod tanpa Ronaldo 0 5700

PARIS: Portugal menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah dengan seri 1-1 menentang Poland di Guimaraes, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan saingan dengan kelebihan tiga mata mengatasi Itali dalam Kumpulan A3 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah meskipun tanpa kelibat bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo.

“Bagus jika ada Ronaldo dalam kesebelasan utama tetapi kami membuktikan yang kami turut memiliki pemain lain yang berkualiti,” kata pertahanan tengahnya, Pepe.

“Pemain menunjukkan semangat yang positif. Namun kami tetap perlu merendah diri dengan menghormati pasukan lain yang turut layak ke pusingan akhir dan menunjukkan kualiti kami.”

Renato Sanches memperagakan aksi kemas bersama Portugal apabila pemain tengah berusia 21 tahun itu mencipta gerakan menerusi sepakan sudut yang ditanduk masuk Andre Silva pada minit ke-34.

Juara Eropah itu lebih menguasai permainan namun segalanya berubah selepas Danilo Pereira dilayangkan kad merah dan Poland dihadiahkan sepakan penalti.

Pengadil mengarahkan pemain tengah Porto itu keluar padang selepas menerjah Arkadiusz Milik walaupun terjahan itu dilakukan dengan bersih.

Milik menyempurnakan sepakan penalti itu dengan menewaskan penjaga gol Portugal, Beto ketika perlawanan berbaki 25 minit lagi.

Poland terus bergelut selepas kempen Piala Dunia apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam Liga Negara- Negara Eropah yang menyaksikan rembatan Piotr Zielinski dinafikan Beto dan percubaan Damian Kadzior tersasar ketika Portugal kekal bertahan dengan 10 pemain.

“Saya berpendapat kad merah dan penalti itu adalah satu keputusan yang tidak wajar, pada pandangan saya ia tidak sepatutnya berlaku,” kata pengendali Portugal, Fernando Santos.

“Pengadil boleh sahaja memberikan penalti dan tidak melayangkan kad merah. Apapun, saya bangga dengan persembahan pemain saya.”

-Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7581

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5233

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news