Akibat stres dalam pelajaran, pelajar lelaki tikam diri sendiri di Kota Samarahan 0 6298

KOTA SAMARAHAN: Seorang pelajar sebuah kolej swasta yang dipercayai tertekan akibat pelajaran nekad menikam dirinya di perut dalam kejadian di sebuah rumah di I-Mas Village di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun dan berasal dari Kapit itu tinggal sementara dengan kakaknya untuk menjalani latihan industri dan dikatakan perlu menduduki peperiksaan ulangan pada Jumaat ini.Bagaimanapun, sekitar jam 2 pagi semalam, kakak mangsa terkejut apabila melihat mangsa terbaring kaku dengan pisau terpacak di perutnya.

“Kakak mangsa menjerit ketakutan dan mangsa dikatakan sempat memberitahu ‘saya buat salah’ kepada kakaknya yang terus menghubungi abang mereka dan pihak polis untuk bantuan.“Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak(PJHUS) oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kakak mangsa dan siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai cubaan bunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

“Mangsa pernah memberitahu kakaknya dia tertekan dengan pelajarannya.“Dia sepatutnya telah tamat pengajian di sebuah kolej swasta di Miri, tetapi disebabkan kandas beberapa subjek dia perlu menduduki peperiksaan ulangan yang dijadualkan pada Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, mangsa telah menjalani pembedahan sejurus tiba di HUS.“Pembedahan telah dijalankan dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Mangsa telah dipindahkan ke wad biasa dan masih berada dalam pemantauan pihak hospital,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news