Jenazah dua beranak terbunuh dalam insiden bas sekolah semalam dikembumi di Kolong 1 pagi tadi 0 5873

KUCHING: Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kolong I pagi ini, apabila jenazah dua beranak yang terlibat dalam kemalangan bas sekolah di Bintulu semalam dikebumikan.

Mangsa ialah pemandu bas, Ramnelan Samat, 55 tahun dan anaknya Nur Nadia Syakila, yang berusia 9 tahun.

Kedua-dua jenazah tiba di Kampung Kolong jam 9 pagi tadi dari Bintulu.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah Aien Laila Aiesya Abdullah, 11 tahun akan dikebumi di Bekenu, Miri.

Dalam insiden sekitar jam 6.30 pagi semalam, bas sekolah yang dipandu Ramnelan terlibat dalam kemalangan apabila merempuh lori kargo yang membawa batang paip.

Kejadian berlaku di Kilometer 12, Jalan Miri-Bintulu dengan kenderaan bergerak dari Samalaju menuju bandar Bintulu.

Selain tiga maut, bas yang membawa 22 pelajar itu turut menyaksikan tujuh yang lain cedera termasuk seorang parah.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu kemudian mengesahkan pemandu lori terlibat telah ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek gagal menyediakan penanda lori rosak yang mengcukupi ketika memparkir lorinya yang rosak di tepi jalan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. — SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13410

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news