Aksi kungfu cemari perlawanan Malaysia-UAE 0 5633

Insiden pergaduhan ‘ala-kungfu’ mencemari perlawanan persahabatan terakhir skuad Bawah 23 (B-23) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shah Alam malam ini.

Insiden tersebut berlaku di tengah padang pada penghujung perlawanan ketika Malaysia mendahului 2-0.

Ia bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan sebelum itu.

Pergaduhan tersebut turut merebak kepada keseluruhan pemain termasuk di bangku simpanan.

Situasi tersebut hanya dapat ditenangkan selepas petugas keselamatan mengawal keadaan.

Terdahulu, skuad Datuk Ong Kim Swee menguasai permainan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Safawi Rasid.

Gawang UAE bolos kali kedua menerusi gerakan solo oleh tonggak negara, Mohammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-64.

Ini adalah perlawanan terakhir skuad B-23 sebelum ke Sukan Asia 2018 di Jakarta di mana mereka akan menentang Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain di peringkat kumpulan.-Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news