Belum masa untuk naik gaji penjawat awam 0 5850

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Selangor.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih belum tiba masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.

Kata Perdana Menteri, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada hari ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan.

“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam.

“Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan yang besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Selangor, malam tadi.

Dr Mahathir berkata, peningkatan gaji juga perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.
Selain itu, kata beliau, kerajaan hari ini perlu menyelesaikan hutang yang ada terlebih dulu sebelum memikirkan mengenai kenaikan gaji

“Apa yang boleh saya katakan, asas (mengenai kenaikan gaji) sudah ada tetapi belum masanya untuk ia dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu kini dalam keadaan baik.

“Beliau bagaimanapun masih memerlukan rawatan lanjut termasuk menjalani kimoterapi,” katanya.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news