Kes bunuh Bill Kayong: Fitri ke tali gantung 0 5876

MIRI: Seorang bekas pengawal sebuah pusat hiburan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi petang semalam selepas didapati bersalah membunuh aktivis sosial Bill Kayong, dua tahun lepas.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ravintharan N. Paramaguru setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Mohamad Fitri Pauzi yang memakai baju-T putih dilapisi baju sejuk dengan penutup kepala serta berseluar jeans biru gelap kelihatan sebak berdiri di dalam kandang tertuduh ketika hakim membacakan keputusan kes terhadapnya.

Fitri, 31, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Kayong.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasar Raya Emart Tudan.

Dalam penghakimannya yang dibaca selama 25 minit itu, Ravintharan berkata mahkamah berpuas hati dengan segala keterangan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sepanjang perbicaraan kes berlangsung terutama keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-25 (PW25), Lau Lee Shen.

Dalam keterangannya, PW25 memberitahu pada pertengahan Jun 2016, tertuduh pertama (Fitri) ada menghubungi beliau dan memintanya menyimpan selaras senapang patah.

Selain itu, saksi juga memberitahu ketika mereka berjumpa dan semasa berada di dalam keretanya, Fitri ada menunjukkan sekeping gambar seorang lelaki sambil memberitahunya bahawa dia mengkehendaki lelaki tersebut.

Lau juga memberitahu ada menemani Fitri ke sebuah kawasan berhampiran Bakam untuk melakukan ujian tembak ke atas senapang patah yang diserahkan kepadanya untuk disimpan.

Dalam keterangannya, PW25 juga berkata, sehari selepas ujian tembak dilakukan, Fitri yang dikenali sebagai Apek ada memberitahunya akan datang pada jam 5 pagi untuk mengambil senapang patah tersebut, namun dia hanya datang sekitar jam 6 pagi.

Tertuduh telah memulangkan semula senapang itu kepada Lau tiga jam kemudian dan sekitar jam 9 pagi hari sama dia ada mendengar kes pembunuhan berlaku di Miri.

Ketika dipanggil membela diri, tertuduh juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan kes. Manakala topeng muka dan sarung senapang yang dikemukakan sebagai barang kes turut mempunyai kesan DNA tertuduh.“

Justeru, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menyabitkannya dengan kesalahan ini yang didakwa mengikut Seksyen 302 yang hanya memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh,” kata Ravintharan.Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk pegawai penyiasat kes, ASP Lee Chee Kiat telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan penuh yang berlangsung selama 13 hari bermula 7 hingga 10 Mac 2017 dan bersambung pada 13 hingga 17 Mac 2017 serta 28 hingga 31 Mac 2017.

Manakala Fitri yang diwakili peguambela Ranbir Singh, Orlanda Chua dan Arthur Lee merupakan saksi tunggal yang memberi keterangan dalam kes pembelaannya yang didengar pada 21 Mei lalu.

Terdahulu , Fitri telah dihadapkan ke mahkamah bersama tiga yang lain iaitu Lie Chang Loon, Chin Wui Chung dan Datuk Stephen Lee Chee Kiang.Lie, 39, dari Taman Pin Fook dan Chin Wui Chung, 52, dari Lorong 5 Krokop dan Stephen Lee, 46, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama.

Berdasarkan pertuduhan kes, ketiga-tiga tertuduh telah dituduh bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.Bagaimanapun, pada 6 Jun 2017, mahkamah memerintahkan mereka dilepaskan dan dibebas daripada tuduhan itu setelah mendapati tiada sebarang bukti kukuh yang boleh mengaitkan mereka dengan kesalahan didakwa.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14925

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8361

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news