AKTA Antiberita Tidak Benar digazet semalam 0 6232

AKTA Antiberita Tidak Benar 2018 digazetkan secara rasmi, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, akta itu yang diluluskan di Dewan Rakyat awal bulan ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Katanya, kerajaan cakna mengenai kegusaran pengamal media mengenai penggubalan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikatakan bakal mengekang kebebasan mereka dalam melaporkan berita.
Bagaimanapun, katanya, pandangan berkenaan adalah tidak tepat kerana Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang digubal sebelum ini, menerusi Seksyen 8A menggariskan kesalahan menyiarkan sebarang berita palsu.
“Meskipun ada peruntukan undang-undang sedia ada, ia tidak mencukupi untuk membendung penyebaran berita tidak benar yang semakin menular susulan ledakan teknologi maklumat.
“Oleh itu, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 digubal dan saya dimaklumkan ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan digazetkan secara rasmi, hari ini,” katanya di majlis pelancaran Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
NAJIB berucap pada Hari Wartawan Nasional. 
Najib berkata, kebebasan bersuara dan media tidak mutlak, sebaliknya hak berkenaan perlu bersandarkan tiga perkara, iaitu aspek tanggungjawab, penerbitan berasaskan kebenaran dan mengikut tafsiran citra serta budaya tempatan di Malaysia.
“Kebebasan bersuara dan media tidak wajar diterjemahkan mengikut tafsiran umum atau universal serta menggunakan acuan barat yang ternyata tidak selari dengan adat resam rakyat di negara ini.
“Acuan seperti ini turut bercanggah dengan kesesuaian dan sensitiviti tempatan, selain menjurus kepada penerbitan rangkaian berita tidak benar yang berupaya menggugat ketenteraman serta kestabilan awam.
“Oleh itu, kebebasan bersuara dan media perlu ada had,” katanya.
Seiring kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-14, Najib meminta pengamal media untuk tidak menjadi penyebar berita palsu semata-mata ingin meraih populariti dalam kalangan pembaca.
Beliau berkata, media sebaliknya perlu bersaing secara bermaruah dengan melaksanakan sebarang proses penerbitan menerusi pelbagai saringan bagi memastikan kesahihan berita yang akan disiarkan.
“Harapnya tiada lagi cerita pengundi hantu dari Bangladesh dan ‘blackout’ dijaja menjelang PRU-14, tetapi saya tidak begitu optimis kerana pasti akan ada bahan sensasi disajikan kepada orang ramai.
“Saya minta wartawan dengan kuasa mata pena dapat membantu kerajaan menangkis berita palsu dan menerbitkan kebenaran kepada rakyat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 April 2018 @ 8:06 PM
Hidir Reduan dan Luqman Arif Abdul Karim

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news