Dadah bernilai RM1.7 juta dirampas di Miri 0 5772

MIRI: Polis telah membuat rampasan dadah terbesar di Sarawak berjumlah RM1.7 juta berikutan penahanan seorang lelaki dalam sebuah serbuan pada Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal berkata suspek berumur 20-an itu ditangkap di tempat letak kereta sebuah stesyen minyak di simpang Ngu, Batu Niah Jalan Miri-Bintulu dan dipercayai seorang daripada anggota sindiket yang mula aktif mengedar dadah tahun ini.

“Dadah yang dirampas ialah methamphetamine seberat 2,578 gram, ganja (3516.38 gram), pil erimin 5 sebanyak 1,230 biji, pil ekstasi 3,568 biji dan pil dadah jenis yaba 950 biji,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata rampasan dadah itu dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu di simpang Ngu diikuti dan di sebuah rumah kediaman di Tanjung Lobang pada hari sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Amer berkata suspek telah direman tujuh hari hingga 13 Mac bagi membantu siasatan.

“Kita sedang memburu rakan-rakan suspek yang terlibat dalam sindiket tersebut, terdiri daripada warga tempatan dan asing serta sedang mengenal pasti dari mana mereka mendapat bekalan dadah tersebut,” katanya.

Beliau berkata sindiket tersebut dipercayai menjual dadah untuk pasaran bandar raya Miri sahaja dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan pek bungkusan makanan.

Turut hadir pada sidang media ialah Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah dan Ketua Polis Sibu ACP Stanley Johnathan Ringgit.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13442

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8135

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news