DAP hadapi cabaran tumbangkan calon BN bertaraf jutawan di Sarikei 0 5718

SARIKEI:  Mampukah calon bertaraf jutawan Barisan Nasional (BN) Datuk Huang Tiong Sii merampas balik kerusi Parlimen Sarikei daripada DAP?

DAP menang kerusi itu hanya dengan majoriti 505 undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Tidak hairanlah, angka berkenaan memberi keyakinan tinggi kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Apatah lagi jika majoriti di dua kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Sarikei pada pilihan raya negeri Mei 2016 diambil kira.

BN menang dengan majoriti sekitar 2,000 undi.

Kredit foto : Page YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Maradong berjaya dirampas kembali oleh DAP dalam pilihan raya  itu, manakala Repok kekal dalam genggaman DAP – sekali gus menjadikan Sarikei padang yang seimbang untuk pertarungan kali ini.

Kalau berdasarkan bendera dan  kain rentang, boleh dikatakan parti tertua Sarawak itu sudah menang.

Namun, keadaan di akar umbi tidaklah semudah itu.

Persaingan cukup sengit.

Kali ini calon penyandang DAP Andrew Wong Ling Biu berdepan saingan daripada seorang pemimpin Cina tempatan yang punya kekuatan dari segi sumber.

Menurut  penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak, Dick Lembang nasib BN mungkin terletak kepada kehadiran Wong Chin King dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Chin King merupakan satu-satunya calon PBK yang bertanding kali ini di Sarawak.

Pada  2008, calon SUPP-BN Ding Kuong Hiing menang hanya dengan 51 undi majoriti.

Pada 2013, Andrew menewaskan Ding  dengan 505 undi majoriti.

Mungkinkah kehadiran calon PBK akan memberi kelebihan kepada BN?

“Undi pasti berpecah. Dengan sebahagiannya beralih kepada calon PBK. Kalau beliau memperoleh 300 undi pun sudah berbahaya kepada DAP. Persaingannya dijangka amat-amat sengit,” kata Dick lagi. –Sarawakvoice  

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13516

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news