Bayi lahir di Sarawak terima insentif – Abang Johari 0 7720

KUCHING: Bayi yang dilahirkan di Sarawak akan menerima insentif mulai tahun hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ia adalah usaha untuk membantu ibu bapa apabila anak-anak memerlukan wang untuk melanjutkan pelajaran atau memulakan perniagaan.

“Setelah umur anak mencecah 18 tahun barulah insentif itu boleh dikeluarkan, sama ada untuk membiayai yuran kolej, universiti atau memulakan perniagaan.

“Tunggu pengumuman lanjut daripada saya pada pembentangan bajet negeri pada Isnin ini, diharap pengumuman insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Wanita 2018 di Pusat Konvensyen Penview di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengucapkan penghargaan kepada kaum wanita yang dilihat sebagai tunjang utama dalam pembangunan masyarakat.

“Wanita mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat terutamanya dalam sektor kesihatan.

“Sesuai dengan tema Hari Wanita 2018 iaitu ‘Wanita dan Kesihatan’, kita menghargai wanita yang terlibat dalam profesion bidan, mereka adalah individu yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat pada suatu ketika dahulu yang kekurangan teknologi serta kemudahan untuk melahirkan bayi,” katanya.

Beliau berkata, selain kesihatan, golongan wanita juga banyak menyumbang kepada sektor ekonomi, sosial dan sukan.

“Fitrah wanita yang lemah lembut dapat mengimbangi peranan lelaki dalam sesebuah masyarakat, seterusnya melahirkan masyarakat yang baik dan negara yang baik,” katanya.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news