Impian bapa mangsa letupan CityONE miliki rumah bakal tercapai 0 6556

KUCHING: Impian Tchee Foh Hin, bapa Tchee Kiam Jong, mangsa korban insiden letupan pusat beli belah CityONE untuk memiliki rumah sendiri bakal tercapai. Ini adalah selepas kerajaan Pakatan

Harapan (PH) bersetuju untuk membina rumah untuk Tchee menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong berkata rumah tersebut akan dibina selepas kerajaan Sarawak memberikan tapak tanah yang difahamkan berdekatan dengan kediaman sedia ada Tchee.

“Sebaik sahaja kerajaan Sarawak memuktamadkan semua prosedur yang diperlukan, kerajaan persekutuan menerusi SPNB akan mula membina rumah untuk Tchee.

“SPNB merupakan syarikat yang dimiliki Kementerian Kewangan dan rumah yang akan dibina nanti ialah jenis Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan masing-masing satu ruang tamu dan dapur,” katanya.

Tambah Yong, daripada maklumat beliau difahamkan bahawa Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah memproses dokumen yang diperlukan bagi meluluskan tapak tanah tersebut.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada pengurusan Jabatan Tanah dan Survei atas inisiatif dalam merealisasikan impian Tchee untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa.

“Semalam saya telah melawat Tchee di kediamannya yang terletak di Kawasan Penempatan Semula Stampin dekat sini untuk memaklumkan berita baik dari kerajaan persekutuan dan kerajaan negeriini.

“Saya juga telah mengadakan kunjungan peribadi ke Pejabat SPNB Sarawak dan berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab serta membincangkansecara terperinci mengenai perkara ini,” katanya.

Pihak SPNB dalam pada itu memberi keutamaan membina rumah Tchee ini dan Yong berharap kerajaan Sarawak akan mempercepatkan proses kelulusan tapak ini bagi membolehkan rumah ini segera dibina.

Dalam pada itu rumah ini dianggarkan menelas kos RM68,000 hingga RM70,000 dimana RM20,000 daripada jumlah kos akan dibayar oleh kerajaan persekutuan dan bakinya akan dibayar oleh pemilik atau pemohon.

Tetapi bagi rumah yang akan dibina untuk Tchee ini, kerajaan persekutuan menurut Yong akan memohon pengecualian bayaran. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12623

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news